Kebenaran itu diberikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Tan Sri Hasan Lah.

Kuorum berkenaan membenarkan tiga persoalan undang-undang dihujahkan dalam rayuan yang akan didengar pada satu tarikh lain.

Pemohon-pemohon merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Disember 2015 yang membenarkan rayuan kerajaan pimpinan Pas untuk memasukkan 14 persoalan dan isu undang-undang dalam pendengaran tuntutan saman di Mahkamah Tinggi.

Ini bermakna, Mahkamah Tinggi akan mendengar sejumlah 23 persoalan dan isu undang-undang termasuk sembilan isu yang dikemukakan oleh Petronas dan Kerajaan Malaysia untuk dipertimbangkan dalam pendengaran tersebut. - UTUSAN ONLINE