Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bantuan berkenaan diluluskan hari ini oleh kerajaan selepas bantuan serupa diberikan kepada penjawat awam bawah Gred 41 sebelum ini.

"Saya ingin umumkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad bersetuju untuk memberi bantuan berkenaan dan saya telah menandatangani surat kelulusan tadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Kubang Buaya, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE