Beliau mengumumkannya ke­ti­ka meluangkan masa sejam melawat PLPP itu, yang merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberikan perkhidmatan kepada OKU melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

Najib berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan, mesin pemulihan dan rawatan bagi tujuan fisio­terapi serta menaik taraf pusat hidroterapi PLPP itu.

“Kerajaan sentiasa berusaha mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin dan penyayang dan seimbang supaya setiap insan terbela termasuk golongan OKU.

“Hari ini, saya memberi kelulusan dana sebanyak RM1 juta kepada pusat ini.

Mudah-mudahan dengan peruntukan ini, PLPP akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan OKU yang lebih maju dan mo­den selain dapat memberi masa depan lebih bermakna kepada golongan itu,” katanya kepada pemberita.

Dalam lawatan itu, Najib yang diiringi Pengarah PLPP Ismail Arul Raj Amirudin, melawat ke bengkel prostetik dan ortotik, pusat hidroterapi, bengkel pembuatan kerusi roda serta gimnasium selain beramah mesra dengan pelajar dan pengajar. – BERNAMA