Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini adalah kerana kerajaan Malaysia baharu dibina atas kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan sebaliknya termasuk syarikat-syarikat yang diwajibkan untuk membayar cukai itu.

“Untuk pendaftaran pengecualian SST kita biar mereka pohon dahulu dan kita akan siasat kemudian sama ada mereka layak atau tidak.

“Kita akan meletakkan kepercayaan kepada syarikat-syarikat ini dahulu dan kita harap mereka jujur dan tidak lari daripada membayar cukai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar SST anjuran Jabatan Kastam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE