Perkara tersebut dimaklumkan kepada media tempatan oleh Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican.

Khamis minggu lalu, Wisma Putra mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu di Poi Pet sejak 11 Disember lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Daripada 47 mangsa yang ditahan, 44 tahanan berasal dari Sarawak dan mereka disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang memperdaya mangsa dengan gaji lumayan jika bersetuju bekerja di Kemboja dengan bayaran wang pendahuluan antara AS$100 (RM407) hingga AS$200 (RM814) seorang. - UTUSAN ONLINE