Tegas Perdana Menteri, empat isu terbabit iaitu projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Felda, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji ) dan Bandar Malaysia yang dikaitkan pentadbiran lalu telah berjaya diselesaikan .

“Kita menangani empat masalah utama yang disebabkan oleh pentadbiran sebelum ini.

"Kita telah menjimatkan banyak wang kerajaan dengan menyelesaikan isu ECRL, Felda, Tabung Haji dan Bandar Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE