Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, komitmen untuk menjelaskan hutang berkenaan termasuk jadual pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terhimpit dengan masalah skandal.

“Kami masih mempunyai dana untuk membayar obligasi kami dan kami akan membayar obligasi kami kerana ia adalah komitmen oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng memaklumkan jumlah hutang kerajaan adalah mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) pada akhir tahun 2017. - UTUSAN ONLINE