Pengerusi Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman berkata, hal ini kerana perkara tersebut termaktub di dalam manifesto kerajaan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

Jelasnya, hutang peneroka itu wujud hasil daripada skim pinjaman sara hidup bagi penanaman semula tanaman.

Ini bukan perkara mudah kerana harus dimulakan dengan menyemak kembali berapa jumlah hutang sebenar.

Anggarannya (hutang peneroka) RM60,000 hingga RM80,000 dan ada juga yang kadarnya saya tidak pasti berapa orang mencecah RM100,000,’’ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE