Usul tersebut dicadangkan oleh wakil dari Perak, R. Nanthakumar dalam Persidangan Parlimen Belia hari ini.

Menurut Nanthakumar, meskipun hukuman rotan telah dilaksanakan semula sejak tahun lalu namun ia hanya memberi kuasa penuh kepada guru besar, pengetua dan guru hal ehwal murid.

“Persoalannya bagaimana dengan guru-guru lain yang berputih mata malah sehingga diheret ke muka pengadilan kerana kekaburan yang wujud tanpa memberikan autoriti kepada guru lain yang niatnya untuk membentuk anak bangsa,” katanya ketika membentangkan usul tersebut dalam Persidangan Parlimen Belia di Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE