Najib berkata, oleh itu para pengamal media memainkan peranan penting untuk membantu kerajaan dalam menyampaikan kebenaran kepada rakyat berasaskan fakta yang tepat dan bukan bersandarkan kepada tuduhan palsu semata-mata.

“Era di mana kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir, kita tidak boleh bersetuju semua perkara dengan kerajaan tetapi kita harus bersetuju dengan fakta dan bukannya tuduhan.

“Disebabkan itu para wartawan perlu membantu kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat dan membezakan antara berita palsu dan fakta yang tepat,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2017 dan Penyampaian Hadiah Kewartawan Malaysia MPI-Petronas 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Arrifin dan Pengerusi Bersama Malam Wartawan Malaysia 2017, Datuk Dr. Chamil Wariya.-UTUSAN ONLINE