Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, harga bagi setiap unit ialah sebanyak RM403,000 namun penduduk hanya perlu membayar sebanyak RM35,000 iaitu kira-kira lapan peratus.

“Uniknya projek perumahan ini dilaksanakan di sebuah pulau dan sukar untuk kita bayangkan segala kemudahan dibawa ke sini.

“Projek ini mencatat sejarah paling tinggi di Malaysia kerana kerajaan menanggung subsidi sebanyak 92 peratus,” katanya ketika berucap Majlis Perasmian PPR Tekek Makmur, Pulau Tioman di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin.

Menurut Najib, sebanyak 116 unit rumah berjaya disiapkan namun sebanyak 63 pembeli masih belum menerima kunci disebabkan masalah pembiayaan.

“Justeru, saya menawarkan konsep sewa beli kepada mereka dengam bayaran sebanyak RM124 sebulan selama setahun.

“Mereka yang layak boleh membuat pernohonan untuk diberi kelulusan,” katanya. - UTUSAN ONLINE