Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai inisiatif dan program bakal diwujudkan seperti penubuhan Tabung Ekonomi Islam ASEAN yang dilancarkan hari ini dan pengiktirafan sijil halal.

Malah katanya, Malaysia juga bakal dijadikan sebagai negara hab untuk program haji dan umrah dari negara-negara lain dengan menyediakan sistem yang lebih efisien dan sistematik.

“Kita akan berbincang dengan lebih lanjut selepas ini. Ada negara yang mempunyai penduduk Islam tetapi ditadbir oleh orang bukan Islam. Jadi mereka mungkin agak sukar dalam menjalankan urusan seperti zakat, haji dan urusan ekonomi.

“Sebelum ini kita hanya hantar al-Quran atau bantuan makanan tetapi pada masa akan datang kita mahu bangunkan usahawan di negara-negara terlibat terutama Kemboja. Yang penting demi kemajuan umat Islam,” katanya ketika menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa NGO Islam ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE