Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amirud­din Hamzah ber­kata, kerajaan juga sedar bahawa pelaksanaan SST hanya mampu me­ngutip keuntungan se­banyak RM21 bi­lion setahun sahaja berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang jauh lebih tinggi.

AMIRUDDIN HAMZAH
AMIRUDDIN HAMZAH 

Menurutnya, disebabkan itu kerajaan kehilangan RM23 bilion setahun berbanding GST yang mampu memberikan keuntungan sebanyak RM44 bi­lion setahun.

“Kehilangan hasil sebanyak RM23 bilion juga tidak menyebabkan harga barangan turun.

“Rakyat juga masih mengeluh walaupun peningkatan harga yang berlaku tidaklah terlalu banyak,” katanya semasa me­nyampaikan ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Bandar Rinching di sini, semalam.