Begitu juga untuk Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang bukan kali pertama berlaku.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, kelewatan itu disebabkan peperiksaan UPSR 2018 telah dilaksanakan hampir dua minggu lewat berbanding pelaksanaan peperiksaan UPSR pada 2017.

"Peperiksaan UPSR 2018 lewat diadakan kerana terdapat beberapa cuti umum pada awal dan pertengahan September lalu.

"Cuti umum itu adalah, 31 Ogos merupakan Hari Kebangsaan, 9 dan 10 September adalah Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, 11 September merupakan Awal Muharam serta 16 dan 17 September adalah Hari Malaysia," jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan mengulas mengenai kebimbangan ibu bapa berikutan kelewatan pengeluaran pelaporan PPSR dan keputusan UPSR 2018 yang diumumkan oleh kementerian dalam satu kenyataan pada 20 November lalu.- UTUSAN ONLINE