Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada hari sama bermula pukul 10 pagi.

"Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan STAM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan bermula 10 pagi, 17 Januari dan akan tamat pada 6 petang, 23 Januari.

"Keputusan boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, sebanyak 10,078 calon telah mendaftar menduduki STAM 2018 di 257 pusat peperiksaan seluruh negara. - UTUSAN ONLINE