Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari yang sama.

Menurut kenyataan itu, keputusan SPM calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar.

"Calon juga boleh menyemak keputusan SPM 2017 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak angka giliran dan hantar ke 15888.

"Sebanyak 443,883 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM 2017 di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE