Kementerian Pendidikan Tinggi berkata, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh universiti berkaitan kepada calon yang berjaya mulai Jumaat ini dan mereka perlu membuat pengesahan meneri­ma tawaran dalam tempoh 10 hari atau sebelum 14 Ogos ini.

Menurut kementerian itu, surat pengesahan setuju meneri­ma tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman rasmi universiti masing-masing.

“Lepasan STPM, matrikulasi dan asasi boleh menyemak keputusan permohonan mereka di beberapa saluran laman web rasmi kementerian, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) esok. Mereka juga boleh menghubungi talian khas di 03-88708200.

“Semakan juga boleh dibuat dengan menghantar mesej khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan SMS ke 15888,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sesi pendaftaran pelajar baharu akan bermula 26 Ogos hingga 6 September ini mengikut universiti masing-masing.

“Mereka yang tidak mene­rima sebarang tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui http://upu.mohe.gov.my yang akan dibuka dalam tempoh lima hari bermula pukul 12 tengah hari Khamis ini sehingga 11.59 malam Isnin ini.

“Keputusan permohonan ra­yu­an akan diumumkan dalam dua fasa iaitu 22 Ogos dan 12 September ini,” kata kementerian itu.