Ketibaan Azizulhasni kira-kira pukul 10.35 pagi dari Kuala Lumpur disambut oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong selain ibu bapa jaguh itu, Selamiah Yong dan.Awang @ Muda Embong.

Anak kelahiran Dungun itu yang mendapat jolokan The Pocket Rocketman kemudian diarak menaiki kenderaan pacuan empat roda,l diiringi lebih 200 pengayuh basikal termasuk dari pasukan lumba basikal profesional Terengganu, TSG ke pusat bandar raya.

Rombongan yang membawanya kemudian tiba di Wisma Darul Iman dan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berserta para Exco Kerajaan negeribersama orang ramai termasuk murid sekolah.

Di situ, Azizulhasni bersama keluarganya diraikan dalam majlis Sambutan Wira Berbasikal Negara di aras U2 Wisma Darul Iman.

Azizulhasni dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri atas sokongan yang diberikan kepadanya sehingga mencapai kejayaan sebegitu besar.

Beliau turut berharap agar penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya akan memberi suntikan semangat kepadanya atlet-alet lain dalam pelbagai lapangan untuk terus meraih kejayaan pada masa-masa akan datang.

"Saya juga berharap 'cerita kejayaan" ini dapat memberi semangat kepada golongan muda lain di Terengganu untuk menggapai kejayaan dalam sukan selain membendung mereka daripada terjerumus dalam gejala tidak sihat," katanya. - UTUSAN ONLINE