S. Subramaniam

Sebagai contoh, sekiranya pakar buah pinggang ditempatkan di Hospital Shah Alam, dua hospital lagi juga boleh mendapatkan khidmat doktor yang sama.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramani­am berkata, pihaknya akan melihat ke­perluan itu dan masih me­ngenal pasti bidang kepakaran untuk hospital ma­sing-ma­sing.

“Yang pas­tinya, kepakaran mereka (doktor) boleh dikongsi bersama tiga hospital itu nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Hospital Banting di sini hari ini.

Berhubung lawatan tersebut, Subramaniam memberitahu, kerja-kerja menaik taraf Hospital Banting akan dilaksanakan dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi.

Menurutnya, pada tahun ini, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembinaan kompleks pembedahan di hospital berkenaan.

"Kementerian juga akan mencadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, sebuah lagi kompleks bedah di hospital sama," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan jelasnya, Klinik Kesihatan Telok Datok akan dinaik taraf bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat di Hospital Banting.

Katanya, kajian sedang dijalankan dalam masa terdekat untuk menaik taraf klinik tersebut.

Ditanya keberkesanan Klinik Rak­yat 1Malaysia, beliau berkata, terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak faham dengan konsep sebenar kewujudan klinik itu.

“Kementerian akan kaji semula kewujudan klinik tersebut dan mungkin akan mentransformasikannya sebagai sebuah klinik yang lengkap,” katanya.