SAIFUDDIN ABDULLAH

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dalam menangani situasi dihadapi ekoran insiden berkenaan, para pemimpin sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang dapat membantu menenangkan ke–adaan.

“Sebagai ahli politik, saya ber­anggapan kenyataan senator itu tidak sesuai sama sekali. Kenyataan beliau itu mempu­nyai unsur hasutan dan itu tidak membantu menenangkan ke­adaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama, di sini hari ini.

Ditanya apakah pihaknya akan menghantar nota bantahan terhadap kenyataan berke­naan,

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, langkah itu lazimnya diambil apabila kenyataan dibuat oleh kerajaan.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern semalam yang melabelkan lelaki bersenjata melakukan serangan di dua buah masjid di Christchurch itu sebagai pengganas adalah tepat.

“Jarang sekali dan saya fikir belum ada keperluan untuk menghantar nota bantahan kepada senator itu sebab ia kenya­taan beliau secara peribadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, belum ada keperluan untuk kerajaan mengeluarkan nasihat perjalanan ke New Zealand berikutan insiden serangan ganas di Christchurch tersebut.

Kata beliau, buat masa ini tiada keperluan berbuat demikian kecuali kerajaan New Zealand sebagai pihak berkuasa negara itu mengeluarkannya.

“Memanglah kita akan me­ngeluarkan nasihat perjalanan pada masa-masa tertentu jika berlaku sesuatu peristiwa, kerajaan tempatan tidak keluaran tetapi kita keluarkan nasihat perjalanan.

“Setakat ini tiada keperluan tersebut. Sebab itu kita hantar atas tentera kita ke sana untuk melihat keadaan,” katanya.