MOHAMMAD EZZANI
MOHAMMAD EZZANI 

Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, siasatan sudah dimulakan dan mendapati terdapat beberapa kilang yang mengambil kesempatan membuang sisa toksik ke sungai itu pada waktu hujan bagi mengelak perbuatan mereka dikesan.

“Kita sudah mengenal pasti kira-kira 10 atau 20 kilang daripada 117 kilang berdekatan Sungai Selangkah yang sedang dalam siasatan melakukan perbuatan tersebut.

“Jarak antara kawasan kilang dengan sungai tersebut adalah kira-kira 10 kilometer. Kita syak mereka membuangnya pada waktu hujan kerana kesan dan baunya sungai menjadi luar biasa pada waktu hujan berbanding waktu biasa.

“JAS bukan tidak mengambil tindakan tetapi setiap siasatan yang kita lakukan tidak akan dihebohkan kerana bimbang mengganggu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih di sini sebentar tadi.

Yang turur hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh

dan Ketua Pengarah JAS, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang dibuang pada 7 Mac lalu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar hingga memaksa 111 sekolah di sini ditutup.

Belum pun reda pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, penduduk dikejutkan dengan penemuan beberapa tong biru yang dipercayai mengandungi sisa toksik di Sungai Selangkah dan Sungai Masai pada 18 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE