Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Kamil dalam kenyataannya berkata, kenyataan KFC sebelum ini telah disalah faham.

“Perubahan kecil harga tiada kaitan dengan SST, ia adalah sama seperti bayaran GST sebanyak 6 peratus dikenakan sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Mohamed Azahari berkata, pihaknya berharap pelanggan KFC memahami menu yang disajikan adalah mengikut kehendak pelanggan dan pada harga yang wajar. - UTUSAN ONLINE