Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana mengikut Akta PTPTN 1997,  pinjaman pendidikan itu diwujudkan bagi penuntut yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. 

Katanya, pada masa ini kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap bayaran balik pinjaman tersebut bagi mengukuhkan sumber kewangan yang mengalami masalah kewangan dua tahun lalu.

“Bagi mengembangkan fungsi PTPTN, perkara itu perlu dipinda di Parlimen bagi membiayai pendidikan penuntut di luar negara kerana wujudnya perbadanan tersebut hanya bagi membantu pelajar pengajian tinggi dalam negara.

“Tapi kita lupa PTPTN sebelum ini ada masalah kewangan dua tahun dulu. Sebelum laksanakan perkara itu, bayar dulu pinjaman agar kewangan kembali stabil untuk meminta peranan perbadanan diperluaskan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis perjanjian persetujuan antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan MMC Corporation di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE