Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sistem aduan dalam talian itu diperkenalkan selepas beliau menerima pelbagai aduan mengenai permasalahan masyarakat di laman sosial Facebook rasminya.

“Namun banyak aduan yang dibuat tidak betul. Berikutan itu saya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sebuah portal aduan rasmi agar maklumat mengenai aduan dapat disampaikan lebih cepat dan telus kepada jabatan serta agensi yang terlibat.

“Pengadu mesti menyertakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Setiap aduan yang dikemukakan akan diambil perhatian oleh kerajaan negeri dan menghantarnya kepada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan portal berkenaan sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Kepemimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tioman dan Muadzam Shah di

Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE