Halimey berkata, beliau memasuki fasa fokus yang lebih kepada para pengundi di baki kawasan-kawasan Seri Setia bagi memastikan sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi akan turun mengundi pada 8 September ini.

“Walaupun PH mencatatkan kejayaan dengan memenangi PRK Sungai Kandis baru-baru ini, namun kita mengambil banyak pengajaran dan pengalaman di PRK tersebut terutama bagi memastikan para pengundi turun mengundi.

“Andai lebih daripada 60 peratus itu adalah lebih baik lagi dan sebab itu kempen kita tidak sahaja tumpu mengenali calon tapi yang lebih penting mengingatkan semua pengundi yang layak bahawa mereka wajib turun mengundi,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di tapak Karnival Komuniti Prihatin dan Hari Terbuka Universiti Selangor (Unisel) di Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Halimey berkata, beliau lebih tertumpu untuk bertemu pengundi berbanding isu kononnya menolak ajakan berdebat dengan calon Pas, Dr Halimah Ali. 

“Secara tegas ingin saya mengulang, bahawa saya tidak menerima sebarang jemputan untuk berdebat tersebut dan tidak ada maklumat yang betul mengenainya. 

“Jadi tidak perlu buang masa, saya hanya perlu fokus bertemu dan bersemuka dengan para pengundi,” katanya.– UTUSAN ONLINE