Baginda selaku Yang DiPertua MAIPs bertitah, kempen ini satu seruan galakan kepada masyarakat untuk menggunakan kesempatan di akhir tahun 2017 bagi menyempurnakan ibadah berzakat.

Titah baginda, selain itu umat Islam juga boleh memberikan sumbangan wakaf dan menyucikan harta tidak patuh syariah kepada Tabung Baraatuz Zimmah (t-BAZ) yang diuruskan MAIPs.

“Sumbangan ini diharapkan oleh MAIPs untuk membantu asnaf yang memerlukan selain akan digunakan untuk kemaslahatan ummah,” titah baginda.

Kempen MAIPs ini untuk mengajak umat Islam tunaikan ibadah zakat dan wakaf serta sucikan harta.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari : www.maips.gov.my. - UTUSAN ONLINE