Sehubungan itu, Malaysia Airports mengambil inisiatif melaksanakan kempen JoyfulMalaysia di Lapangan Antarabangsa KL (KLIA).

Ia bertujuan menyambut kedatangan pelancong de­ngan suasana ceria, ramah dan dipenuhi citra tempatan agar para pelancong mendapat gambaran ke­seronokan yang dapat dinikmati sepanjang berada di negara ini.

Menurut pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin, pihak­nya komited mahu mempromosi produk budaya dan layanan baik negara ini kepada pelancong.

“Terbaharu, kami bekerja­sama dengan kerajaan negeri Kelantan dan Pusat Maklumat Pelancongan Kelantan untuk mempromosi budaya serta pro­duk dari negeri itu melalui kempen Joyful Malaysia.

“Sejak 2017 sehingga kini, kami telah mempamerkan keindahan budaya lapan negeri di KLIA. Tanpa sangsi, kempen Joyful Malaysia begitu popular dalam kalangan tetamu tempatan dan luar negara di lapangan terbang kami,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pasaran besar untuk produk Malaysia

Menurut Raja Azmi lagi, sehingga November tahun ini, seramai 89.8 juta penumpang dikendalikan di 39 buah la­pangan terbang di bawah seliaannya.

Jumlah ini dilihat sebagai peluang besar untuk mereka membantu para pelancong mengenali keindahan budaya serta aneka produk unik tempatan.

“Kami mengendalikan lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 lapangan pelepasan dan pendaratan singkat (STOLports).

Bukan sahaja budaya, malah jualan produk seperti makanan serta kraf tangan berjenama tempatan turut dipersembahkan di kawasan lapangan terbang ba­gi menyambut ketibaan para pelancong.

Strategi Reset Komersial

Sejajar dengan misi me­ngangkat jenama Malaysia yang unik, MAHB akan menjalankan strategi Reset Komersial pada lima lapangan terban antarabangsa iaitu KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut Raja Azmi, melalui strategi ini, kesemua lapangan terbang yang terlibat akan menjadi kawasan membeli-belah antarabangsa yang memasarkan pelbagai produk unik tempatan.

“Lapangan terbang bukan sahaja komponen penting dalam jaringan pengangkutan antarabangsa, malah memainkan peranan penting dalam menghubungkan komuniti, budaya dan perniagaan tempatan de­ngan dunia,” katanya.