Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kempen banteras buli diperhebat

Rohani Abdul Karim menenangkan D.Shanti, ibu kepada mangsa buli, T. Nhaveen ketika melawat keluarga
Rohani Abdul Karim menenangkan D.Shanti, ibu kepada mangsa buli, T. Nhaveen ketika melawat keluarga tersebut di Batu Gantung, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN /Sazali Che Din.

PULAU PINANG 16 Jun – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperhebatkan siri kempen memerangi gejala buli di sekolah selepas sambutan Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, usaha itu akan dimasukkan dalam kempen ke­sedaran mengenai Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 dan jenayah seksual.

Menurut beliau, kempen itu akan mengenal pasti semua tindakan yang boleh diambil ke arah menghentikan sepenuhnya perlakuan buli khususnya dalam kalangan remaja.

“Kita juga akan melihat kepada pe­nalti yang seberat-berat mungkin kerana ini bukan semata-mata mahu menghukum, tetapi lebih kepada menghindar dan membanteras perlakuan buli daripada berterusan,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa buli, mendiang T. Nhaveen, 18, di Krematorium Batu Gantung, di sini hari ini.

Nhaveen meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang petang semalam selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri akibat dipukul dan diliwat sekumpulan remaja di Jalan Kaki Bukit, Glugor di sini Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Rohani turut menyeru seluruh anggota ma­syarakat memainkan peranan masing-masing dalam memerangi gejala buli dan melahirkan generasi yang menolak perlakuan agresif.

Mengulas kejadian membabitkan Nhaveen, Rohani berkata, pihaknya telah menghantar pasukan kaunseling untuk bertemu ahli keluarga mangsa namun pada masa sama perlu memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain