Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, pihaknya bagaimanapun sentiasa memantau kesemua kelab berkenaan bagi memastikan tiada kes salah laku, jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, pihaknya akan bertindak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita alu-alukan aduan daripada orang ramai untuk dilakukan serbuan dan operasi.

“Kelab Blue Boy saya difahamkan terkenal seluruh dunia kerana pamer perkhidmatan dalam media sosial. Blue Boy dikenali kerana pelancong-pelancong dari Eropah ‘taste’ (minat) orang Asia,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara, hari ini. -UTUSAN ONLINE