Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan, Saraya Arbi berkata, kementerian menyokong apa-apa saja penganjuran pertandingan yang berkaitan penghasilan batik.

“Penganjuran pertandingan ini mendapat sokongan kementerian kerana ia memartabatkan penghasilan batik yang menjadi warisan negara.

“Kementerian membantu dari segi kewangan dan memberikan insentif kepada mereka yang membantu dalam penganjuran pertandingan ini, selain memberikan bantuan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan berasaskan batik,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan pertandingan separuh akhir Rekaan Batik Piala Seri Endon 2018 di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang, Datuk Leela Mohd. Ali dan Pengerusi Yayasan Budi Penyayang, Nori Abdullah. - UTUSAN ONLINE