Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian dan Jabatan Pendidikan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan seperti yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan.

"Bermakna ini pandai-pandai pihak pengetua itu dan biarlah kami buat siasatan dalaman sepenuhnya.

"Kadang-kadang memang ada seorang atau dua orang guru yang pergi (taklimat) tetapi murid-murid tidak boleh direhatkan, mesti ada guru ganti," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Beliau mengulas notis yang dikeluarkan oleh pengetua SMK Bandar Baru Ampang memaklumkan sebahagian guru akan mengikuti taklimat petugas pilihan raya pada 18 dan 19 Julai, berikutan itu beberapa kelas dari tingkatan satu, dua dan empat direhatkan. - UTUSAN ONLINE