Menterinya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan kedua yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan bersedia mendedahkan hasilnya jika ditanya di Parlimen Mac depan.

“Kita bersedia mendedahkan laporan ini jika ditanya mana-mana Ahli Parlimen. Tiada apa yang hendak disembunyikan, kalau ada soalan di Parlimen, saya sedia menjawab apa-apa soalan berkaitan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad hadir menyaksikan memorandum persefahaman projek endowmen pembangunan residensi antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (ATM).

Pada 22 Mei lalu, Mohamad berjanji akan menyiasat segala dakwaan mengenai skandal dikaitkan dengan kementerian itu termasuk pembelian kapal selam Scorpene. - UTUSAN ONLINE