Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan SPRM bagi memastikan siasatan lengkap dan berjalan lancar.

"Apa-apa nanti SPRM yang akan dedahkan dan kita hanya membantu mereka. Ini semua sebagai satu pengajaran kepada pasukan kami dan pegawai-pegawai di bawah kementerian saya.

"Ini semua untuk mencipta mekanisme supaya tidak berlaku lagi, apa yang penting adalah  pengawalan dan pengawasan supaya tidak berlaku lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Sambutan 30 Tahun Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru di Kampung Sinaran Baru, Kempas, di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, kes-kes baharu itu akan disiasat sama ada dalam tahun ini atau awal tahun depan. - UTUSAN  ONLINE