Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bentuk cadangan yang disuarakan itu juga perlu diperhalusi terlebih dahulu.

"Kita menyokong apa yang disebut itu cuma pihak kementerian perlu perhalusi bentuk cadangan tersebut," katanya selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang disempurnakan Ahmad Zahid di Dewan Merdeka, hari ini.

Menerusi Lembayung Pengangkasaan Pendidikan itu, Ahmad Zahid berkata, amat wajar untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Majlis Penasihat Pendidikan Nasional memperhalusi pendidikan dan persekolahan digital yang akhirnya membawa penubuhan Suruhanjaya Pendidikan bagi pemerkasaan dan kesinambungan Dasar Pendidikan Negara. - UTUSAN ONLINE