Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya memandang serius kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam berhubung perpaduan nasional yang perlu wujud dalam kalangan pelajar sekolah.

“Sebenarnya apa yang disebutkan beliau (Ahmad Zahid) adalah berkaitan bagaimana untuk mengeratkan atau memastikan perpaduan yang lebih kukuh di peringkat sekolah.

“Kementerian akan melihat secara menyeluruh apa yang boleh dilakukan atau dikaji supaya perpaduan dapat diperkukuhkan bermula di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Barakah di Kampung Barokhas Kuala Nerang di sini hari ini.

Akhbar melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem pendidikan negara perlu dikaji semula dalam usaha meningkatkan perpaduan nasional. - UTUSAN ONLINE