Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya bersikap terbuka menerima sebarang pandangan dan cadangan dikemukakan kerajaan negeri dalam usaha menyemak semula keadaan sekolah tahfiz bagi memastikan tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tidak berulang lagi.


“Saya difahamkan kebanyakkan kerajaan negeri telah mengarahkan analisa dijalankan terhadap sekolah tahfiz masing-masing. Kami bersikap terbuka menerima apa jua pandangan, cadangan dan sedia memberi kerjasama dengan mereka.


“Cumanya saya ingin tegaskan perkara itu (sekolah tahfiz) di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan di dalam Perlembagaan ada menyatakan ia dibawah Sultan dan raja-raja melayu yang mengetuai agama Islam di negeri masing-masing.


“Jadi, kita perlu ada cara yang harmoni dan tertib dalam urusan berkaitan sekolah tahfiz,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Fun [email protected] Ampang 2017, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.