Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya secara dasar menyokong sebarang cadangan mahupun idea untuk menambahbaik pemuafakatan antara guru dan ibu bapa di sekolah.


“Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, salah satu sasaran kita adalah bagaimana pemuafakatan  antara sekolah dan ibu bapa dapat dipertingkatkan yang dipanggil sarana ibu bapa.


“Bila anak dan guru ada di sekolah,  ibu bapa dan masyarakat bersama sekolah banyak sekolah di negara ini menitikberat soal pemuafakatan. 


“Ada ibu bapa datang sekolah dan mempunyai jawatankuasa bersama mengenai disiplin dan sukan maka pemuafakatan dapat dipertingkatkan,” katanya selepas merasmikan program Lestari Modal Insan Koperasi 2017 di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan NUTP supaya memperkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga yang akan menjadi panduan tatacara kepada ibu ba­pa atau penjaga ketika berurusan dengan pihak sekolah.


Menurut Mahdzir, pihaknya bagaimanapun perlu memperhalusi dahulu cadangan NUTP tersebut sebelum melaksanakan kod etika berkenaan.