Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa

Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Hari Bapa Parlimen Padang Terap kepada Datuk Tuan Guru Ahmad Mohd Noor (dua, kanan) pada Program Kasih Ramadan hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid (tengah). - UTUSAN ONLINE/Foto BERNAMA

PADANG TERAP 17 Jun - Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menubuhkan satu jawatankuasa kerja dalam usaha memperkemaskan program Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, usaha itu akan digerakkan oleh Jakim melalui Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) dalam masa terdekat.

Katanya, hasrat itu juga diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Warshah Islah Pendidikan Islam Lepai, 15 Jun lepas.

“Satu jawatankuasa kerja akan dibentuk antara Jakim dan Kementerian Pendidikan selepas itu kita akan bincang tentang kaedah memperkemaskan program Kafa kepada satu sistem.

“Lepai di bawah Majlis Raja-raja Melayu apabila siap akan persembahkan kepada Raja-raja Melayu. Kita nak perkemaskan Kafa di sekolah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 565 individu terdiri daripada imam, guru Kafa, pegawai masjid dan guru agama. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain