TEO NIE CHING
TEO NIE CHING

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, satu kajian dan penelitian akan dilaksana dalam masa terdekat untuk mengatasi perkara itu namun proses berkenaan memerlukan sedikit masa untuk dilaksana.

"Bagi kementerian kaji dahulu, memang saya tahu dan sedar tentang isu ini.

"Beri masa untuk kementerian kaji dahulu untuk kita cari penyelesaian kerana saya baru masuk pejabat tiga minggu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas. - UTUSAN ONLINE