Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kementerian akan tanggung pendidikan anak dua juruterbang

Balu Allahyarham Yazmi Mohamed Yusof, Noor Shafora Izwa Mohd. Hilmi (tengah) membantu anak keduanya,
Balu Allahyarham Yazmi Mohamed Yusof, Noor Shafora Izwa Mohd. Hilmi (tengah) membantu anak keduanya, Mukriz Anwar Riaz menyiramkan air ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Jun – Kementerian Pertahanan akan menanggung pendidikan anak-anak dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, yang terkorban dalam nahas di Chukai, Terengganu, semalam.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata, pihaknya amat berdukacita dengan insiden yang berlaku dan komitmen itu adalah satu inisiatif yang dapat diberikan oleh kementerian bagi mengurangkan beban kedua-dua keluarga.

“Segala perbelanjaan sekolah akan ditanggung sehingga mereka masuk universiti dan seterus­nya,” katanya ketika ditemui selepas Allahyarham Yazmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Beliau turut menggesa siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihaknya juga akan membincangkan mengenai kenaikan pangkat secara medan bagi kedua-dua juruterbang berkenaan.

“Kita akan lihat perkara itu kerana kedua-dua juruterbang terbabit adalah juruterbang yang terlatih,” ujarnya.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang memberitahu, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi menentukan punca kemalangan yang mengorbankan nyawa dua juruterbang terlatih itu dan hasil siasatan akan dilengkapkan dalam masa beberapa minggu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain