JAMIL SALLEH
JAMIL SALLEH

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, pihaknya akan meneliti masalah tersebut selain meneliti perjanjian kontrak sedia ada.

Malah, jelasnya, beliau dimaklumkan tidak semua premis KR1M meletakkan harga sama dan hal ini akan disiasat.

“Esok saya akan hantar pegawai untuk meneliti masalah ini. Kita terikat de­ngan kontrak dan tidak boleh sesuka hati menamatkan kontrak.

“Kita akan ambil tindakan. Tetapi kita akan siasat dan semak dahulu dengan pengendali KR1M,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan kementerian itu menamatkan segera kontrak syarikat me­ngendalikan KR1M yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat berkenaan untuk memastikan produk yang dijual lebih murah.

“Harga mahal sedangkan kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat (mengendalikan KR1M) untuk menjual (produk) di bawah harga pasaran,” katanya.