Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, hal itu dapat dilihat berikutan begitu banyak isu seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang timbul selain kewujudan beberapa pihak yang semakin berani mempertikan hak kaum Melayu serta status agama Islam sebagai agama rasmi negara.

“Beberapa hari lepas, kita dimaklumkan terdapat satu organisasi yang menjemput penceramah luar untuk memperlekehkan hak Bumiputera.

“Penceramah ini amat biadab kerana mengatakan pengutamaan kepada Bumiputera adalah teruk walhal kita telah banyak memberi toleransi kepada kaum-kaum lain atas dasar menjaga keharmonian bermasyarakat,” katanya dalam ucaptama Konvensyen Kebangkitan Ummah di Pusat Islam di sini hari ini.