Bertemakan ‘Eksplorasi Menuju Sifar’ mereka bergerak dengan 93 buah kenderaan setelah pelepasan disempurnakan oleh Pegawai Khas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdullah di Padang Astaka, di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar; Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Pengurusan) Abdul Kahar Abdul Latif dan Pengarah Hospital Kemaman, Dr. Amran Japar.

Melalui program tahunan kali ke-14 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kesihatan negeri akan menyebarkan risalah penerangan mengenai bahaya Aids dan pencegahan kepada orang ramai di setiap lokasi persinggahan. - UTUSAN ONLINE