Beliau berkata, pelajar asing yang mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi di IPTA akan dikenakan yuran penuh iaitu antara RM400,000 hingga RM500,000.

Pelajar Malaysia yang mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi di IPTA menikmati yuran bersubsidi iaitu antara RM15,000 hingga RM30,000, katanya.

"Dengan adanya yuran mereka (pelajar asing), ia membantu IPTA untuk melaksanakan program dan membantu keperluan kewangan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib dalam lawatan beliau ke India mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menawarkan lima peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi kepada pelajar asing mulai pengambilan tahun ini. - BERNAMA