DATUK DR. AHMAD KHAMAL ABDULLAH
DATUK DR. AHMAD KHAMAL ABDULLAH 

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, majlis anugerah berkenaan berlangsung ketika sidang Mastera diadakan selama empat hari bermula 12 September lalu di Brunei.

Menurut DBP, laporan juri menunjukkan rata-rata kumpulan puisi Kemala sangat meninggalkan kesan mengenai ketuhanan dan bagaimana manusia bertindak terhadap makna penciptaan.

Kata kenyataan itu lagi, beberapa kumpulan cerpen turut diadili seperti Anasir (1983); Firuzia (1990); Laut Takjub (2010) serta Mata, Rumah dan Merpati (2012).

Beberapa dramanya yang dibukukan pula dalam Di Bumi Lain (1976); Malam Perhitungan (1966); Anna (1972) dan Lani Anak Tani (1977).

“Sehingga kini, Kemala menghasilkan lebih 15 kumpulan puisi; 20 antologi; 10 buku sastera; empat kumpulan cerpen dengan lapan antologinya, empat buku drama; tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 100 esei dan kritikan sastera.

“Puisi Kemala turut ditemukan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Belanda; Cina; Inggeris; Jerman; Perancis; Sepanyol; Serbo-Croatian; Siovania; Rusia dan Urdu,” kata DBP.

Anugerah Sastera Mastera dilaksanakan sejak 2003 oleh Mastera bagi mengiktiraf tokoh-tokoh penulis dari negara-negara anggotanya yang bergiat aktif dan memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan sastera tanah air. -UTUSAN ONLINE