Menteri Pedagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, untuk itu rakyat perlu terus memastikan kestabilan negara dapat dipertahankan agar ekonomi negara terus berkembang dan membantu perkembangan perniagaan syarikat dan koperasi.

"Tidak ada guna jika negara mempunyai banyak syarikat atau koperasi tetapi keamanan negara tidak stabil.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sama-sama memastikan kestabilan negara terus dikekalkan dan secara tidak langsung perjalanan syarikat dan koperasi negara akan terus lancar dan berkembang maju," katanya.

Hamzah berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2017 peringkat negeri Melaka oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Dr. Noor Zari Hamat dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Koperasi negeri, Datuk Latiff Tamby Chik. - UTUSAN ONLINE