Allahyarham Muhammad Hatta Shaharil yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Tanjung, Kota dekat Rembau meninggal dunia pada 24 Julai tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 4 Julai tahun yang sama.

Beliau yang juga ahli kesatuan itu menerima pampasan berjumlah RM27,000 yang disampaikan kepada isterinya, Rahimah Ibrahim, 36, dalam satu majlis di Pejabat Pendidikan Daerah Seremban di sini hari ini.

Majlis penyampaian faedah insurans itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Maznah Abu Bakar.

Yang turur hadir Presiden Kepsi, M. Ramachandran dan Pengerusi Kepsi negeri, Mohd. Khairul Riza Abu Bakar.

Menurut Ramachandran, keluarga Allahyarham Muhammad Hatta adalah penerima pertama faedah akibat kematian daripada skim insurans berkenaan.

Sehingga kini, katanya, kesatuan itu mempunyai kira-kira 2,000 ahli dalam kalangan lebih 37,000 Pembantu Operasi N11 di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE