Perdana Menteri berkata, mereka perlu menjadikan penghasilan filem dari negara serantau yang telah menerima pengiktirafan dunia sebagai penanda aras.

“Hanya dengan cara demikian akan berlaku evolusi dalam industri filem tempatan,” katanya ketika berucap merasmikan Expo Filem Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said. - UTUSAN ONLINE