Majlis pelancaran varieti baharu ubi keledek unggu hasil benih penyelidikan Mardi dilancarkan Timbalan Menteri Pertanjan dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman di Stesen Mardi Telong, dekat sini, pagi ini.

Varieti Keledek Anggun 1, Keledek Anggun 2 dan Keledek Anggun 3 memilki kelebihan dari segi pengeluaran hasil tinggi mencecah sehingga 30 tan sehektar.

Penyelidikan Mardi yang bermula sejak tahun 2008 dalam membangunkan varieti ubi keledek bernutrisi tinggi dan selamat dimakan menjadi catatan sejarah kejayaan dalam sektor pertanian negara.

Pada hari ini, Tajuddin turut menyerahkan benih anak ubi keledek unggu kepada wakil pertubuhan peladang kawasan selain menyampaikan input pertanian kepada 10 petani dan geran motosikal roda tiga kepada tiga peserta Azam Tani di bawah projek Lembaga Pertubuhan Nenas Malaysia. - UTUSAN ONLINE