Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Insan, Belia, Sukan & NGO negeri, Zuraidin Abdullah berkata, elemen tersebut selaras dengan dasar Kerajaan Pas Kelantan yang amat menitik beratkan soal berkenaan termasuklah aktiviti sukan.

Menurutnya, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada galakkan pihaknya dalam mempopularkan elemen tersebut.

“Bagaimanapun kita memberikan kelonggaran kepada atlet dalam isu ini. Besar harapan kita agar apa yang dilakukan oleh Kelantan ini menjadi contoh pada pihak lain.

“Apa yang membanggakan elemen itu sudah mulai dapat diterima baik oleh masyarakat. Ini dapat dilihat apabila negeri-negeri lain sudah mula mempraktikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Kepada Atlet Kelantan ke Sukma XIX di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Kontijen Sukma Kelantan Datuk Zamri Ismail.

Dalam pada itu, Zuraidin turut mengingatkan atlet Kelantan supaya menjaga baik nama sepanjang kejohanan itu nanti. - UTUSAN ONLINE